TOP

Berita – Tune Talk Dapat Lebih Sejuta Pelanggan

BERNAMA: Tune Talk Dapat Lebih Sejuta Pelanggan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) — Pengendali perkhidmatan mudah alih prabayar, Tune Talk Sdn Bhd, telah melepasi sasaran menarik sejuta pelanggan bagi tempoh operasi tahun pertamanya.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, Tune Talk berkata syarikat itu telah menarik lebih 1.2 juta pelanggan dan kini sedang melaksanakan promosi baharu dengan menawarkan pelbagai hadiah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata syarikat itu telah mengalami perkembangan pesat dan pasukan promosinya akan pergi ke seluruh negara untuk mempromosikan Tune Talk.

“Kami telah menjadikan Tune Talk sebagai salah satu pemain utama di dalam pasaran dan jenama kami kini diiktiraf di seluruh Malaysia,” katanya.

Bagi meraikan ulang tahunnya yang pertama, Tune Talk menawarkan panggilan percuma dalam rangkaiannya bagi tempoh 24 jam serta bonus 10 peratus bagi isian semula bernilai RM10 dan lebih hari ini.

Tempoh kesahihan bagi isian semula RM50 telah ditingkatkan daripada 55 hari kepada 75 hari.

Leave a Reply